Contoh kopi brew: Cappucino, iaitu kopi brew + buih susu (milk froth) & susu panas/kukus (steamed milk) |
Kopi secara umumnya terdapat dalam dua bentuk/jenis: Kopi brew (BM: renih) dan kopi segera (instant). Kopi brew, pada pendapat aku ialah 'kopi sebenar', yang dihasilkan dengan cara biji kopi dikisar, dan kemudian ditemukan dengan air dengan pelbagai cara seperti direndam (french press @ plunger), ditapis (drip/filter), atau dikenakan tekanan (pressurised / espresso method). Hasilnya kopi yang penuh dengan rasa. Kopi segera dihasilkan dengan kopi brew yang di 'freeze-dry', menghasilkan serbuk kopi yang nyah-hidrat (tanpa air). Bila dicampur dengan air, menghasilkan kembali kopi, tapi oleh kerana ia telah melalui proses freeze dry, terdapat kemungkinan sebahagian rasa telah 'hilang'. Walaubagaimanapun, kopi segera sangat mudah untuk disediakan iaitu hanya perlu dicampur air.
Masih teringat semasa zaman sekolah, saya selalu buat Nescafe ais gelas besar ataupun satu jag. Satu ketika pula suka sangat ice-blended Coffee Bean. Usually Ultimate Mocha atau Vanilla tu yang jadi pilihan. Untuk kopi panas, saya sukakan Secret Recipe's Long Black. Selalunya saya pesan dengan susu panas (steamed milk). Pada pendapat saya, untuk kopi brew macam tu, CBean/Sbucks belum dapat tandingi.
Sekarang berada di Ireland memang satu kelebihan dan kesempatan untuk penggemar kopi macam saya Sebabnya, di sini SEJUK. Boleh dikatakan sejuk sepanjang tahun, yang membezakan ialah tahap sejuk. Walaupun pada musim panas, sejuknya masih terasa terutamanya waktu petang ke malam (sejuk yang dibawa oleh angin). Jadi di sini kurang risau badan terlebih panas kalau banyak sangat minum kopi. Pilihan kopi di sini banyak. Brand tempatan contohnya Bewley's, Robert Roberts dan Java Republic. Harganya sekitar 2-5 Euro untuk satu pek biasa kopi kisar (ground coffee).
French Press @ Plunger - kopi dicampur dengan air dan dibiarkan 3-4 minit, ditapis ('plunge' / tekan ke bawah), dan kopi brew siap! |
Biasanya saya minum kopi mesti dicampur dengan susu panas atau sejuk, bersama gula merah 'demerara' (brown sugar). Pada pengalaman saya, kelebihan nyata kopi brew berbanding dengan segera/instant ialah bila kopi dicampur susu. Kopi segera setakat yang saya pernah cuba, belum dapat kalahkan kopi brew kalau dicampur dengan susu. Cuma, yang agak peliknya, kopi segera ni sesuai kalau nak hasilkan 'espresso latte'. Rasanya lebih kurang sama dengan yang dibuat dengan menggunakan espresso machine. Kadang-kadang saya campur kopi dengan Coffeemate - memang sedap & lemak, mampu tutup kelemahan/rasa-kurang-sedap yang ada dalam sesuatu jenis kopi. Ada hari-harinya, saya minum kopi-O sahaja.
Robert Roberts Colombian ground coffee (kopi kisar) - sangat dianjurkan (highly recommended) terutamanya kepada sesiapa yang baru mencuba kopi |
Kopi kisar @ ground coffee. Kalau lebih rajin, beli biji kopi yang telah dipanggang & kisar sendiri di rumah (saya sendiri pun tak buat sebab agak melecehkan) |
Belum mampu nak hirup kopi renih hari-hari :-P Entri yang menarik!
ReplyDeleteexxecutor000 patut jadi coffee connoisseur :)
ReplyDeletesesetengah brew mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi dari brew yang lain. contohnya, saya akan mengalami 'caffeine jitter' hanya dengan minum secawan Bewley's brew.
r.o.l.: Sebenarnya kopi renih lebih jimat dari kopi segera dari segi berat. Cuma penyediaannya leceh sikit - tapi dengan hanya french press, ko boleh mula. Tak perlu espresso machine yang mahal banget tu :)
ReplyDeleteHilmi: Kopi brew mempunyai kandungan kafein lebih tinggi daripada espresso. Tu sebab kalau nak stay up keje/study, minum kopi brew instead of espresso :)